Langkah mengatasi masalah pencemaran
alam sekitar
Dalam
usaha mengatasi masalah-masalah alam sekitar seperti pencemaran tanah, air
serta udara, penebangan pokok dan pembakaran terbuka, semua pihak harus
menggembleng tenaga kerana tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Pihak
kerajaan telah berusaha menguatkuasakan undang-undang terhadap orang yang
sengaja mencemarkan alam sekitar. Sebagai contohnya, hukuman denda duit
sebanyak RM20,000.00 atau hukuman penjara selama 5 tahun untuk organisasi yang
membuang sisa toksik ke dalam sungai . Hukuman ini secara tidak langsung dapat
memberi kesedaran kepada masyrakat agar menjaga kebersihan alam sekitar demi
kesejahteraan hidup. Selain itu, pihak swasta juga berusaha menganjurkan kempen
kesedaran yang bertemakan sayangilah alam sekitar. Kempen ini bertujuan memberi
kesedaran kepada masyarkat tentang kepentingan alam sekitar untuk mengekalkan
keseimbangan eksistem dan menjamin kesejahteraan hidup manusia. Dalam kempen
ini, pelbagai aktiviti dapat dijalankan seperti program menanam semula pokok,
pertangingan mengutip sampah dan pertandingan melukis poster yang bertemakan
alam sekitar untuk menarik perhatian peserta. Ibu bapa juga perlu memberi didikan
awal kepada anak-anak sejak kecil lagi untuk memupuk nilai murni dalam jati
diri mereka.
Ibu
bapa merupakan suri teladan anak-anak kerana bagaimana acuan, begitulah
kuihnya. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menujukkan teladan yang baik di
hadapan anak. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh mendidik anak-anak membuang
sampah ke dalam tong sampah yang disediakan dan membuat kitar semula terhadap
sampah-sarap di rumah. Hal ini mampu memberi kesedaran kepada anak-anak tentang
kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Seterusnya, masalah pnecemaran
alam sekitar ini dapat diatasi melalui pendidikan. Guru-guru di sekolah perlu
memberi ilmu pengetahuan tentang alam sekitar kepada murid-murid melalui mata
pelajaran Geografi, Pendidikan Moral dan Agama serta Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Guru-guru perlu sentiasa memantau murid untuk melakukan
sesuatu yang membawa manfaat terhadap alam sekitar kitar agar dapat memupuk
nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar dalam jati diri mereka. Sebagai
contohnya, guru-guru boleh mengajar murid-murid untuk membahagikan
kertas-kertas, botol dan tin cola untuk dikitar semula. Perbuatan ini secara
tidak langsung dapat menyemai rasa tanggungjawab murid terhadap alams sekitar
kita. Pendek kata, semua pihak bertanggungjawab untuk memulihkan alam sekitar
kita demi keamanan hidup dan pembangunan negara kita.