1.3 Pencemaran bunyi
Isu yang sering mendapat
perhatian masyarakat kita ialah masalah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi
didefinisikan sebagai hasil
daripada mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan
kehidupan manusia atau haiwan. Sebagai contohnya, bunyi kenderaan bermotor seperti kereta, lori serta bas, pembangunan kawasan industri seperti pemprosesan
material, jentera, kenderaan serta aktiviti pembuatan dan pembinaan kawasan petempatan seperti cerucuk-cerucuk
besi ditanam di dalam tanah untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi. Aktiviti kuari iaitu pemecahan batu,
enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori dan aktiviti masyarakat seperti mendengar radio atau televisyen
dengan kuat juga mendatangkan pencemaran bunyi yang membawa kesan negatif dalam
kehidupan manusia. Apa yang kita ketahui pada masa kini ialah negara kita
sedang pesat membangun. Bangunan-bangunan yang tinggi dan cantik dibangunkan
dengan cepat.
Namun
begitu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan banyak mendatangkan bunyi yang bising
dan mengganggu keseimbangan kehidupan manusia. Hal ini jelas kerana pencemaran
bunyi telah menjejaskan kesihatan tubuh badan manusia. Terutama sekali, bunyi
yang bising telah menyebabkan gangguan tidur masyarakat apabila aktiviti
pembinaan kawasan petempatan dijalankan pada waktu malam. Hal ini sering
berlaku kerana pekerja-pekerja terpaksa menghabiskan projek mereka dalam masa
yang ditetapkan. Keadaan ini telah mengganggu masa rehat masyarakat yang penat
bekerja sepanjang hari. Apabila masyarakat kita tidak cukup tidur, mereka akan berasa
penat serta tidak berdaya dan bersemangat sepanjang hari. Masalah dari segi
emosi juga akan timbul iaitu berasa gelisah dan cepat naik angin. Hal ini
secara tidak langsung telah menjejaskan hasil kerja mereka kerana mereka tidak
dapat menumpukan perhatian dalam pekerjaan mereka. Hasil kerja yang kurang
memuaskan telah memberi impak negatif dalam pembengunan negara. Sebagai
contonya, sebagai seorang guru yang tidak mempunyai masa rehat yang mencukupi
pada waktu malam, maka dia tidak berdaya untuk mendidik anak-anak murid pada
keesokan hari. Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan akademik
murid-murid yang bakal menjadi insan yang berjasa dalam pambangunan negara, bak
kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
No comments:
Post a Comment