Total Pageviews

Wednesday, 6 August 2014

KESANTUNAN DALAM KEHIDUPAN



KESANTUNAN DALAM KEHIDUPAN








        Kesantunan dikenali sebagai etiket atau tingkah laku yang sopan santun. Kesantunan dapat dijelmakan dalam pelbagai cara oleh individu, iaitu sama ada dalam perlakuan, pertuturan dan penulisan. Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

        Amalan kesantunan dan budi bahasa sangat penting kepada diri seseorang, bangsa, negara dan agama untuk mengajarkan cara hidup yang baik. Kedua-dua amalan ini diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat- menghormati, kasih sayang, dan kesejahteraan hidup. Orang Melayu menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa serta kesantunan. Mereka menganggap budi bahasa dan  kesantunan sebagai satu entiti yang bertaut dan saling melengkapi.

           Amalan kesantunan dan budi bahasa dilakukan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kaum, budaya, adat resam, agama dan kepercayaan. Oleh itu, budi ditakrifkan sebagai perbuatan mulia yang didorong oleh akal dan pertimbangan seseorang yang baik. 



Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu
Yang indah itu bahasa. 

No comments:

Post a Comment