BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Kesantunan
dikenali sebagai etiket atau tingkah laku yang sopan santun. Kesantunan dapat
dijelmakan dalam pelbagai cara oleh individu, iaitu sama ada dalam perlakuan,
pertuturan dan penulisan. Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan,
sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan
tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup,
pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain. Amalan kesantunan dan budi
bahasa sangat penting kepada diri seseorang, bangsa,
negara dan agama untuk mengajarkan cara hidup yang baik. Kedua-dua amalan ini diamalkan oleh
setiap lapisan masyarakat untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama,
hormat- menghormati, kasih sayang, dan kesejahteraan hidup. Orang Melayu menjunjung
tinggi nilai budi dan bahasa serta kesantunan. Mereka menganggap budi bahasa dan
kesantunan sebagai satu entiti yang bertaut dan saling melengkapi. Video ini
telah banyak menunjukkan contoh budi bahasa dari segi bentuk dan jenis
kesantunan dalam masyarakat kita.
Kesantunan mempunyai bentuk dan jenis yang
tersendiri, iaitu kesantunan verbal, kesantunan nonverbal atau tidak verbal
serta kesantunan lisan. Kesantunan verbal merujuk kepada komunikasi lisan,
bahasa sapaan dan protokol kata panggilan. Kesantunan
ini merupakan cara bertutur seseorang yang bersopan santun dan
berlemah lembut serta mengandungi nasihat yang
baik, tunjuk ajar serta simpati kepada masyarakat. Bertutur dengan bersopan
santun dapat menjaga perasaan orang lain serta tidak menyinggung perasaan orang
lain dan secara tidak langsung dapat mengelakkan pertelingkahan dan
perselisihan faham. Sebagai contohnya, video ini telah menunjukkan nilai
hormat-menghormati antara satu sama lain. Murid-murid di sekolah akan bertegur
sapa dan mengucapkan salam apabila bertemu dengan cikgu. Mereka tidak
menggunakan panggilan sesuka hati semasa bercakap dengan guru mereka.
Rakan-rakan juga akan saling bersalaman untuk mengeratkan hubungan persahabatan
mereka. Mereka juga menggunakan panggilan yang menyenangka hati semasa
berbual-bual dengan rakan agar tidak menyinggung perasaan rakan. Amalan
mengucapkan salam kepada orang yang labih tua atau rakan-rakan dapat
mencerminkan seseorang yang berakhlak mulia. Pertuturan yang berbudi
bahasa seharusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, masyarakat
Malaysia terutamanya golongan muda perlu mengamalkan amalan saling menghormati
tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Ingatlah bahawa bahasa jiwa bangsa.
Video
ini juga telah menunjukkan kesantunan iaitu bertimbang rasa dan berhemah tinggi
yang sering diamalkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contohnya, murid
yang lewat menghadiri kelas tersebut meyedari kesalahannya lalu meminta maaf
kepada gurunya dan berjanji tidak akan megulangi kesalahannya lagi. Guru yang
bertimbang rasa dan berhemah tinggi itu telah memaafkan murid tersebut. Hal ini
telah menunjukkan masyarakat harus mengamalkan amalan mengakui kesalahan dengan
meminta maaf kepada orang lain apabila melakukan
kesalahan. Masyarakat juga perlu mengamalkan amalan budi bahasa iaitu berhemah
tinggi dengan tidak
mengeluarkan perkataan atau ayat yang kasar semasa bercakap sama ada dengan
orang yan lebih tua daripada kita atau orang yang lebih muda. Amalan bertimbang
rasa juga mampu mengeratkan hubungan antara satu saman lain di samping
mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham.
Kesantunan nonverbal atau tidak verbal pula
merupakan budi bahasa dari bentuk tingkah laku dapat
menyenangkan hati orang, tidak menyinggung perasaan orang lain, menjaga
kepentingan orang lain, berhemah tinggi serta bersopan santun. Sebagai contohnya, video ini telah
menunjukkan sifat bantu-membantu.
Seorang murid telah terjatuh dilanggar oleh seorang murid lelaki yang
berjalan dengan tergesa-gesa sambil menjawab telafon. Kertas-kertasnya
bertaburan di atas lantai. Namun, murid lelaki itu tidak berhenti untuk
menolongnya sebaliknya terus berjalan. Sikap yang tidak bermoral ini harus
dielakkan dalam masyarakat kita. Pada masa yang sama, seorang murid perempuan
yang duduk di sana segera berjalan ke arah gadis itu dan membantunya mengutip
semua kertas. Tingkah laku yang mulia ini harus dipelajari oleh setiap orang
tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Budi bahasa merupakan sumbangan dan jasa
yang dilakukan untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan oleh seseorang
dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu.
Tingkah laku yang berbudi bahasa seharusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.
Sebagai rakyat Malaysia, amalan menolong orang yang dalam kesusahan harus
diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat dengan tidak hanya memperhatikan
kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga.
Selain itu, amalan
menyayangi dan mengahargai kemudahan awam juga merupakan kesantunan dari segi
tingkah laku yang perlu diamalkan oleh setiap masyarakat. Budi bahasa dapat ditunjukkan
dengan amalan yang mulia ini kerana amalan ini merupakan sifat baik, perbuatan
baik atau kebajikan yang boleh membawa faedah dan kebaikan kepada orang lain. Video
tersebut telah menunjukkan amalan mulia ini. Seorang murid lelaki yang
menggunakan telefon awam tetapi telafon awam itu tidak berfungsi. Murid
tersebut marah dan tidak meletakkan gagang telefon pada tempat asal. Kebetulan
pada masa itu, dua orang murid perempuan berlalu di tempat itu, mereka segera
meletakkan gagang telefon ke tempat letak gagang telfon. Tingkah laku yang
mulia ini mampu menunjukkan budi bahasa masyarakat kita. Setiap orang mempunyai
hak untuk menggunkan kemudahan awam seperti telefon awam dan tandas awam.
Namun, sesetengah masyarakat kita mengambil kesempatan untuk merosakkan kemudahan
awam ini. Hal ini akan menyebabkan kerosakan kemudahan awam dan orang ramai
tidak dapat menggunakan kemudahan awam apabila berlakunya kecemasan. Pihak
kerajaan juga akan mengalami kerugian kerana terpaksa membelanja kos yang
banyak untuk membaiki kemudahan awam yang rosak. Oleh hal yang demikian, amalan
menyanyangi dan menghargai kemudahan awam perlu diamalkan.
No comments:
Post a Comment