Langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu
Bahasa Melayu merupakan bahasa
pengantar pendidikan yang telah banyak membawa kemajuan kepada pembangunan
negara serta dapat menerapkan perpaduan dalam kalangan rakyatnya. Oleh itu,
wajarlah keyakinan dan kepercayaan kepada kemampuan bahasa Melayu diteruskan
dalam sistem pendidikan negara. Rakyat Malaysia mesti yakin dengan keupayaan
dan kemampuan bahasa kebangsaan. Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa
Melayu kerana telah dikekalkan sehingga sekarang sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi. Semua
pihak perlulah bekerjasama untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan.
Dalam usaha memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita, kita sebagai pelajar perlu rajin
mempelajari bahasa Melayu kerana ia merupakan satu-satunya bahasa yang
menyatukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Pelajar boleh menyemai
minat dalam mempelajari bahasa Melayu melalui pelbagai cara yang berkesan
seperti mendengar lagu Melayu. Pelajar
juga boleh melibatkan diri dalam komuniti seperti di sekolah dan badan-badan
yang relevan. Di sekolah, pelajar boleh menimbulkan kesedaran tentang
keistimewaan bahasa Melayu dan bagaimana ia melambangkan jati diri bahasa
Melayu di kelas. Para pelajar boleh menjalankan program-program yang berkaitan
dengan bahasa Melayu seperti bengkel mempromosikan bahasa Melayu dan kempen
kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu. Aktiviti-aktiviti ini tentu dapat
membantu para pelajar memartabatkan bahsa Melayu.
Selain itu, idea Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) juga harus
dilupuskan. Sifat dominan bahasa
Inggeris dalam kehidupan kita tidak harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat
berpotensi memadamkan kegemilangan bahasa Melayu di peringkat lokal. Jika teras
pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu
era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan 'Melayu'. Ironinya, usaha Memartabatkan Bahasa
Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang efektif demi membejat kemelut bahasa yang
sedang dihadapi Malaysia kini.
Selain
itu, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus
dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan bahasa
Cina dan bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di
sekolah-sekolah berkenaan. Guru-guru di sekolah perlu mengajar murid-murid
menguasai bahasa Melayu dengan cara yang berkesan. Sebagai contoh, guru boleh
mengajar murid murid dengan perkataan Melayu yang senang dan menjalankan
aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu seperti aktiviti
menyanyi dan bercerita. Pelbagai pertandingan yang menarik minat para pelajar
untuk mempelajari bahasa Melayu juga boleh dianjurkan seperti pertandingan
menulis karangan, bersyair dan menyanyi. Sudah tentulah para pelajar akan lebih
meminati bahasa Melayu setelah menyertai pertandingan sebegini. Dengan itu,
tujuan memartabatkan bahasa Melayu dapat dicapai.
Di
samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam sanubari rakyat pelbagai kaum, DBP harus melaksanakan
pelbagai aktiviti yang mencapai minat umum terhadap keindahan bahasa Melayu.
Aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan,
Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia
(RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang berpotensi memperkenalkan bahasa
kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah yang sama harus diambil DBP
untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan rakyat.
Sehubungan
dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dab bahasa rasmi amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah
peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring
dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing. Kegiatan promosi dan
pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang merangsangkan
perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa ekonomi, sains, dan teknologi.
Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu produk haruslah
menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi.
Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia
bukan sahaja di negara kita malah di pentas dunia.
Kesimpulannya,
semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk
meledakkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan
harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita
menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan
bahasa asing sebaliknya melupakan kebolehan bahasa Melayu untuk membawa kita ke
mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah
itu bahasa". Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi
yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Saya suka awak punya pidato
ReplyDeletetq sis
thanks alot
ReplyDeletethanks alot
ReplyDeletereally awesome keep it up!
ReplyDeleteFar from bad
ReplyDeleteBuudu
DeleteMantap giler ayat pehhhhhh terbaik dohhhh
ReplyDeleteterbaik siakkk
ReplyDeleteada web yg sama teks dengan yang ni.siapa tiru siapa ni haishhh
ReplyDeleteGreat! Thanks!..finally,finished my work 😊😊😊
ReplyDeletehahahahaha
ReplyDelete"kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan bahasa Cina dan bahasa Tamil lantas ?menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan "
otak kamu ada problem ke?
ni adalah hak mereka utk belajar bahasa sendiri
bahasa cina dan tamil lebih unik daripada melayu~~~
setuju juga
Deletetq
ReplyDeleteSekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan bahasa Cina dan bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan.
ReplyDeleteini memang menyakitkan hati orang yang berbangsa cina dan tamil dunia kita bukan memartabatkan perpaduan ke tetapi macam ini
种族歧视
ReplyDeleteSya tk thu awk ni org melayu ke tamil ke cina..klw awk org melayu mustahil lh awk akan ckp camni kan..so ofc awk ni org cina atau tamil..eh kau dgr sini ehh..suka hati orang lh..bkn nya kacau mk bapak kau pon..sape suruh org cina tamil dtg malaysia..tahikkk
ReplyDeleteX elok cakap macam tu nanti kalau nzk jadi doktor kau pergi juga india kalau nak belajar menjaga kebersihan kau pergi tengok cina bersih lagi bersih dari kita
Deletenice
ReplyDeletebut dont be so raices
ReplyDeleteniceee
ReplyDelete