Total Pageviews

Wednesday 20 August 2014

Langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu




Langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu


Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar pendidikan yang telah banyak membawa kemajuan kepada pembangunan negara serta dapat menerapkan perpaduan dalam kalangan rakyatnya. Oleh itu, wajarlah keyakinan dan kepercayaan kepada kemampuan bahasa Melayu diteruskan dalam sistem pendidikan negara. Rakyat Malaysia mesti yakin dengan keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan. Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana telah dikekalkan sehingga sekarang sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.  Semua pihak perlulah bekerjasama untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.
Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita, kita sebagai pelajar perlu rajin mempelajari bahasa Melayu kerana ia merupakan satu-satunya bahasa yang menyatukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Pelajar boleh menyemai minat dalam mempelajari bahasa Melayu melalui pelbagai cara yang berkesan seperti mendengar lagu Melayu.  Pelajar juga boleh melibatkan diri dalam komuniti seperti di sekolah dan badan-badan yang relevan. Di sekolah, pelajar boleh menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan bahasa Melayu dan bagaimana ia melambangkan jati diri bahasa Melayu di kelas. Para pelajar boleh menjalankan program-program yang berkaitan dengan bahasa Melayu seperti bengkel mempromosikan bahasa Melayu dan kempen kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu. Aktiviti-aktiviti ini tentu dapat membantu para pelajar memartabatkan bahsa Melayu.
Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita tidak harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan kegemilangan bahasa Melayu di peringkat lokal. Jika teras pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan 'Melayu'. Ironinya, usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang efektif demi membejat kemelut bahasa yang sedang dihadapi Malaysia kini.



Selain itu, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan bahasa Cina dan bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan. Guru-guru di sekolah perlu mengajar murid-murid menguasai bahasa Melayu dengan cara yang berkesan. Sebagai contoh, guru boleh mengajar murid murid dengan perkataan Melayu yang senang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu seperti aktiviti menyanyi dan bercerita. Pelbagai pertandingan yang menarik minat para pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu juga boleh dianjurkan seperti pertandingan menulis karangan, bersyair dan menyanyi. Sudah tentulah para pelajar akan lebih meminati bahasa Melayu setelah menyertai pertandingan sebegini. Dengan itu, tujuan memartabatkan bahasa Melayu dapat dicapai.
Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam sanubari rakyat pelbagai kaum, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang mencapai minat umum terhadap keindahan bahasa Melayu. Aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah yang sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan rakyat.
Sehubungan dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dab bahasa rasmi amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi. Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja di negara kita malah di pentas dunia.



Kesimpulannya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meledakkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya melupakan kebolehan bahasa Melayu untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa". Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

20 comments:

  1. Saya suka awak punya pidato
    tq sis

    ReplyDelete
  2. Mantap giler ayat pehhhhhh terbaik dohhhh

    ReplyDelete
  3. ada web yg sama teks dengan yang ni.siapa tiru siapa ni haishhh

    ReplyDelete
  4. Great! Thanks!..finally,finished my work 😊😊😊

    ReplyDelete
  5. hahahahaha
    "kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan bahasa Cina dan bahasa Tamil lantas ?menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan "

    otak kamu ada problem ke?
    ni adalah hak mereka utk belajar bahasa sendiri
    bahasa cina dan tamil lebih unik daripada melayu~~~

    ReplyDelete
  6. Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan bahasa Cina dan bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan.

    ini memang menyakitkan hati orang yang berbangsa cina dan tamil dunia kita bukan memartabatkan perpaduan ke tetapi macam ini

    ReplyDelete
  7. Sya tk thu awk ni org melayu ke tamil ke cina..klw awk org melayu mustahil lh awk akan ckp camni kan..so ofc awk ni org cina atau tamil..eh kau dgr sini ehh..suka hati orang lh..bkn nya kacau mk bapak kau pon..sape suruh org cina tamil dtg malaysia..tahikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. X elok cakap macam tu nanti kalau nzk jadi doktor kau pergi juga india kalau nak belajar menjaga kebersihan kau pergi tengok cina bersih lagi bersih dari kita

      Delete